Saturday 25 June 2011

BIR/ARAK HALAL

Belum selesai kita menepis budaya luar yang bertopengkan Islam masuk ke Negara ini iaitu budaya menghisap Shisha kini kita di kejut kan pula dengan BIR HALAL.  Istilah dan botolnya juga menggerunkan kita.  Anak-anak muda keliru dan ada yang mengatakan mereka pernah meminum bir ini.  Apa akan jadi jenerasi kita akan datang kerana selepas ini ada lain pula perkara haram yang ditegah Islam, diolah dengan baik oleh musuh Islam dilabelkan sebagai HALAL. Tak mungkin  satu hari ada daging babi HALAL pula.  Dicadangkan majlis petua kebangsaan tidak terlalu lama untuk bertindak. Jangan sampai anak muda kita dah ketagihan baru Fatwa nak keluar - dah nasi menjadi bubur.  Kerajaan juga diminta jangan berlengah lagi - HARAMKAN  saja permit import minuman ini. Minta dijauhkan Allah.

Thursday 16 June 2011

SELAMAT HARI BAPA



kepada bapa ku
ini ucapan selamat hari bapa
mahu kulontar bagaimana cara
ruang sepi kosong tiada siapa
sound bapa masih aku simpan dalam hati
image bapa masih aku simpan dalam memori
application bapa masih aku simpan dalam diri
files bapa masih aku simpan dalam sanubari
gadgets bapa masih aku guna sehingga kini
bapa telah tiada pergi tak kembali
bapa pergi belum sempat menikmati hasil keringatku
hanya aku sahaja berteman jasa budi mu
detik berlalu mahuku jadi sepohon kayu
rendang dan teduh seperti bapa dahulu
berkhidmat kepada masyarakat tanpa jemu
lantaran tidak mengenal waktu
itulah cita-cita ku masa kecil dulu
kini makbul, aku seumpama diri mu,wahai ayah ku
dalam hati kumohon kepada Yang Satu
ampun segala dosa dan kesalahan bapa yang lalu
terimalah bapa juga berikan rahmatMu
itu ucapan selamat hari bapa
mahu kuberi kepada semua kita
kasih ini kerana Yang Maha Esa
haya kepada mu Ya Allah kami memohon restu
amin.....

Tuesday 14 June 2011

PASAR RAMADAN TAMAN KELADI

RANADAB.egg  on AviaryRANADAB.egg on Aviary.

Pasar Ramadan Taman Keladi 2011 - tarikh pendaftaran akan dimaklumkan kemudian apabila diluluskan oleh MPSP. Banner akan dipasang di kawasan masjid. Sebarang masaalah sila hubungi 012-4679880.

Friday 3 June 2011

PROGRAM TITIAN KASIH

PROGRAM PEMBANGUNAN REMAJA MUSIM CUTI SEKOLAH

Program tersebut akan diadakan pada 08 dan 09 Mac 2011 (2 hari 1 malam) di Masjid Taman Keladi. Program ini melibatkan remaja 13 tahun keatas lelaki dan perempuan.
Setiap peserta dikenakan bayaran RM 20.00 seorang. Program akan dikendalikan oleh fasilitaator dari Kolej Insaniah yang dipimpin Dr Abdullah Muda.

Sessi akhir program peserta akan dibawa melawat Rumah Seri Kenangan Bedong. Daftar sekarang kerana had maksimam 100 pelajar sahaja diperlukan.