Sunday 12 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433

12 Rabiul Awal 1433 bersamaan 05 Feb 2012, seluruh umat Islam di pelusuk dunia merayakan hari Keputraan Nabi Muhammad SAW.  Berbagai acara diadakan mengikut adat dan budaya masing-masing yang tidak melanggar syarak.  Tidak ketinggalan , masjid ini juga menganjurkannya dengan berbagai acara dimulai seawal jam 0745 pagi dengan di mulai dengan Perbarisan - Perarakan - Bacaan Al Quran - Nasyid - Tazkirah. Acara kanak-kanak pula ialah pertandingan Azan murid KAFA dan pertandingan merwarna kanak Tabika.  Majlis sambutan berakhir dengan jamuan makan tengahari jam 11.30 pagi.

Friday 13 January 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Masjid Taman Keladi akan menganjurkan sambutan Maludur Rasul pada 05 Feb  2012 dengan berbagai acara seperti berikut:
1.   Perbarisan dan perarakan berkontinjen
2.   Bacaan Al-Quran
3.   Salawat atas Nabi
4.   Pertandingan Azan - KAFA
5.   Persembahan Nasyid KAFA
6.   Pertandingan merwarna TABIKA Kemas, Perpaduan dan Abim
7.   Tazkirah
8.   Jamuan tengahari

Semua anak qaryah segenap lapisan dijemput hadir.  Minum pagi disediakan sebeklum perbarisan bermula.

CERAMAH AGAMA

CERAMAH  AGAMA - UST SOBRI ARSHAD
Tarikh - 14 Jan 2012
Hari - Sabtu
Masa - Selepas Maghrib
Di Masjid Taman Keladi, Sungai Petani