Sunday 24 July 2011

CERAMAH 'RAMADAN'

Ceramah Ramadan akan diadakan pada 29 Julai 2011 (Hari Jumaat) di Masjid Taman Keladi. Penceramah Ust Haji Abd Halim bin Nasir. Semua anak qaryah/muslimin/muslimat dijemput hadir.  Selamat menyambut puasa 'Ramadan Al-Mubaraq'.

Monday 11 July 2011

KUNJUNGAN SAMBIL BELAJAR

Satu rombongan terdiri dari beberapa orang Imam/Pegawai Masjid dari  Kampong Petai, Wilayah Yala, Selatan Thailand telah melakukan  ziarah sambil belajar ke Masjid Taman  Keladi pada petang 11 Jul 2011.  Mereka diberi taklimat ringkas oleh Setiausaha/bendahari menganai pengurusan/pentadbiran/pengurusan ekonomi.  Selepas itu sempat menziarahi KAFA, beramah mesra dengan Pengerusi Qaryah, minum petang dan kemudian menziarahi Tanah  Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP) dan mengadakan tahlil disana.  Kesemua ahli rombongan terdiri dari 12 orang orang dan tujuan ziarah untuk  membina silaturrahim dan bertukar idea mengenai pengurusan Masjid dan masyarakat Islam.