Tuesday 23 August 2011

SELAMAT HARI KEBANGSAAN

Merdeka....Merdeka.....Merdeka.  Salam hari Merdeka kepada semua. Mudah-mudahan negera maklmur dan kita sekelian sejahtera.


Monday 22 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

 Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid Taman Keladi mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin kepada seluruh  anak qaryah Mmasjid Taman Keladi.




Tuesday 9 August 2011

BAYARAN ZAKAT FITRAH

Bayaran zakat fitrah bagi tahun 1432/2011 boleh dibuat mulai sekarang kepada Amil-amil berikut pada sebilang masa di Masjid/Surau :
a.   Abidin bin Hassan
b.   Zulkifli bin haji Mohd Ali
c.   Zulkifli bin Haji Said
d.   Haji man bin Saad








Kadar bayaran fitrah bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman pada tahun ini ialah RM 7.00 seorang.  bayar awal untuk mengelak dari terlupa dan sebagainya.

Sunday 7 August 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK BANTUAN ZAKAT NEGERI KEDAH

Majlis diadakan pada 06 Jun 2011 di Masjid Taman  Keladi jam 5.00 petang.  Seramai 73 orang dari gulungan fakir dan miskin didalam qaryah ini menerima cek tersebut.  Setiap seorang menerima cek bernilai RM 600.00. Dengan sumbangan tersebut adalah diharapkan mereka dapat menyambut lebaran dengan penuh kegembiraan disamping bersyukur diatas nikmat Allah.

Thursday 4 August 2011

GOTONG ROYONG BUBUR KANJI

Bubur Kanji dibulan  Ramadan memang telah sinonim dengan umat Islam di negara kita untuk juadah berbuka puasa.  Setiap masjid dan surau di seluruh negara membuatnya dengan berbagai citarasa. Tidak ketinggalan Masjid Taman  Keladi Sungai Petani pada tahun ini menyediakan bubur kanji dan ahli qaryah boleh lah datang mengambilnya selepas Solat Asar.

Foto ini ialah Tim Bubur  Kanji Masjid Tmn Keladi sedang menyediakan
bubur kanji yang diketuai oleh Tuan Hj Harun dan dibantu oleh Tuan Haji Ramli serta beberapa  orang krew bubur kanji yang lain.