Saturday 28 May 2011

MEMUNGUT DERMA PERSENDIRIAN DI MASJID

Sejak setahun lalu dan sehingga kini semakin kerap, pada setiap Jumaat warga asing silih berganti bertandang ke Masjid setiap Jumaat dan memungut derma dengan duduk menghampar sejadah selepas Solat Jumaat. Setiap Jumaat ada saja warga asing yang berlainan dan kebanyakan dari Pakistan/Afghanistan yang kebanyakannya masih muda dan separuh umur. Mereka tidak mempunyai apa-apa surat kebenaran dari Jabatan Agama Islam sebagaimana yang disyaratkan untuk memohon derma secara langsung dari orang ramai. Jawatankuasa Qaryah didalam mesyuaratnya pada 27 Mei 2011 memutuskan untuk menghentikan perbuatan ini dan menyeru anak qaryah supaya tidak menghulurkan sumbangan, kerana dengan berbuat demikian akan menarik mereka datang setiap minggu.
Jika mereka memohon melalui Tuan Imam dengan mengemukakan alasan mereka memungut derma, Jawatankuasa tidak halangan untuk menyumbang sekadar yang berpatutan dari keseluruhan kutipan Jumaat minggu tersebut. Mereka kemungkinannya musafir yang putus sumber kewangan untuk meneruskan perjalanan, maka wajib lah kita membantu sekadar yang sesuai sahaja. Satu notis larangan didalam bahasa Malaysia dan Inggeris akan dibuat bagi peringatan semua.

No comments:

Post a Comment