Satu rombongan terdiri dari beberapa orang Imam/Pegawai Masjid dari Kampong Petai, Wilayah Yala, Selatan Thailand telah melakukan ziarah sambil belajar ke Masjid Taman Keladi pada petang 11 Jul 2011. Mereka diberi taklimat ringkas oleh Setiausaha/bendahari menganai pengurusan/pentadbiran/pengurusan ekonomi. Selepas itu sempat menziarahi KAFA, beramah mesra dengan Pengerusi Qaryah, minum petang dan kemudian menziarahi Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP) dan mengadakan tahlil disana. Kesemua ahli rombongan terdiri dari 12 orang orang dan tujuan ziarah untuk membina silaturrahim dan bertukar idea mengenai pengurusan Masjid dan masyarakat Islam.
No comments:
Post a Comment