TARIKH - 17 SEP 2011
HARI - SABTU
MASA - SELEPAS SOLAT ISYA'
TEMPAT - PERKARANGAN MASJID TAMAN KELADI
PENCERAMAH - SHEIKH MOHD FISOL BIN HJ OMAR
Pages
Thursday, 8 September 2011
Tuesday, 23 August 2011
SELAMAT HARI KEBANGSAAN
Merdeka....Merdeka.....Merdeka. Salam hari Merdeka kepada semua. Mudah-mudahan negera maklmur dan kita sekelian sejahtera.
Monday, 22 August 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid Taman Keladi mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin kepada seluruh anak qaryah Mmasjid Taman Keladi.
Tuesday, 9 August 2011
BAYARAN ZAKAT FITRAH
Bayaran zakat fitrah bagi tahun 1432/2011 boleh dibuat mulai sekarang kepada Amil-amil berikut pada sebilang masa di Masjid/Surau :
a. Abidin bin Hassan
b. Zulkifli bin haji Mohd Ali
c. Zulkifli bin Haji Said
d. Haji man bin Saad
Kadar bayaran fitrah bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman pada tahun ini ialah RM 7.00 seorang. bayar awal untuk mengelak dari terlupa dan sebagainya.
a. Abidin bin Hassan
b. Zulkifli bin haji Mohd Ali
c. Zulkifli bin Haji Said
d. Haji man bin Saad
Kadar bayaran fitrah bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman pada tahun ini ialah RM 7.00 seorang. bayar awal untuk mengelak dari terlupa dan sebagainya.
Sunday, 7 August 2011
MAJLIS PENYAMPAIAN CEK BANTUAN ZAKAT NEGERI KEDAH
Majlis diadakan pada 06 Jun 2011 di Masjid Taman Keladi jam 5.00 petang. Seramai 73 orang dari gulungan fakir dan miskin didalam qaryah ini menerima cek tersebut. Setiap seorang menerima cek bernilai RM 600.00. Dengan sumbangan tersebut adalah diharapkan mereka dapat menyambut lebaran dengan penuh kegembiraan disamping bersyukur diatas nikmat Allah.
Thursday, 4 August 2011
GOTONG ROYONG BUBUR KANJI
Bubur Kanji dibulan Ramadan memang telah sinonim dengan umat Islam di negara kita untuk juadah berbuka puasa. Setiap masjid dan surau di seluruh negara membuatnya dengan berbagai citarasa. Tidak ketinggalan Masjid Taman Keladi Sungai Petani pada tahun ini menyediakan bubur kanji dan ahli qaryah boleh lah datang mengambilnya selepas Solat Asar.
Foto ini ialah Tim Bubur Kanji Masjid Tmn Keladi sedang menyediakan
bubur kanji yang diketuai oleh Tuan Hj Harun dan dibantu oleh Tuan Haji Ramli serta beberapa orang krew bubur kanji yang lain.
Foto ini ialah Tim Bubur Kanji Masjid Tmn Keladi sedang menyediakan
bubur kanji yang diketuai oleh Tuan Hj Harun dan dibantu oleh Tuan Haji Ramli serta beberapa orang krew bubur kanji yang lain.
Sunday, 24 July 2011
CERAMAH 'RAMADAN'
Ceramah Ramadan akan diadakan pada 29 Julai 2011 (Hari Jumaat) di Masjid Taman Keladi. Penceramah Ust Haji Abd Halim bin Nasir. Semua anak qaryah/muslimin/muslimat dijemput hadir. Selamat menyambut puasa 'Ramadan Al-Mubaraq'.
Monday, 11 July 2011
KUNJUNGAN SAMBIL BELAJAR
Satu rombongan terdiri dari beberapa orang Imam/Pegawai Masjid dari Kampong Petai, Wilayah Yala, Selatan Thailand telah melakukan ziarah sambil belajar ke Masjid Taman Keladi pada petang 11 Jul 2011. Mereka diberi taklimat ringkas oleh Setiausaha/bendahari menganai pengurusan/pentadbiran/pengurusan ekonomi. Selepas itu sempat menziarahi KAFA, beramah mesra dengan Pengerusi Qaryah, minum petang dan kemudian menziarahi Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP) dan mengadakan tahlil disana. Kesemua ahli rombongan terdiri dari 12 orang orang dan tujuan ziarah untuk membina silaturrahim dan bertukar idea mengenai pengurusan Masjid dan masyarakat Islam.
Saturday, 25 June 2011
BIR/ARAK HALAL
Belum selesai kita menepis budaya luar yang bertopengkan Islam masuk ke Negara ini iaitu budaya menghisap Shisha kini kita di kejut kan pula dengan BIR HALAL. Istilah dan botolnya juga menggerunkan kita. Anak-anak muda keliru dan ada yang mengatakan mereka pernah meminum bir ini. Apa akan jadi jenerasi kita akan datang kerana selepas ini ada lain pula perkara haram yang ditegah Islam, diolah dengan baik oleh musuh Islam dilabelkan sebagai HALAL. Tak mungkin satu hari ada daging babi HALAL pula. Dicadangkan majlis petua kebangsaan tidak terlalu lama untuk bertindak. Jangan sampai anak muda kita dah ketagihan baru Fatwa nak keluar - dah nasi menjadi bubur. Kerajaan juga diminta jangan berlengah lagi - HARAMKAN saja permit import minuman ini. Minta dijauhkan Allah.
Thursday, 16 June 2011
SELAMAT HARI BAPA
kepada bapa ku
ini ucapan selamat hari bapa
mahu kulontar bagaimana cara
ruang sepi kosong tiada siapa
sound bapa masih aku simpan dalam hati
image bapa masih aku simpan dalam memori
application bapa masih aku simpan dalam diri
files bapa masih aku simpan dalam sanubari
gadgets bapa masih aku guna sehingga kini
bapa telah tiada pergi tak kembali
bapa pergi belum sempat menikmati hasil keringatku
hanya aku sahaja berteman jasa budi mu
detik berlalu mahuku jadi sepohon kayu
rendang dan teduh seperti bapa dahulu
berkhidmat kepada masyarakat tanpa jemu
lantaran tidak mengenal waktu
itulah cita-cita ku masa kecil dulu
kini makbul, aku seumpama diri mu,wahai ayah ku
dalam hati kumohon kepada Yang Satu
ampun segala dosa dan kesalahan bapa yang lalu
terimalah bapa juga berikan rahmatMu
itu ucapan selamat hari bapa
mahu kuberi kepada semua kita
kasih ini kerana Yang Maha Esa
haya kepada mu Ya Allah kami memohon restu
amin.....
Tuesday, 14 June 2011
PASAR RAMADAN TAMAN KELADI
RANADAB.egg on Aviary.
Pasar Ramadan Taman Keladi 2011 - tarikh pendaftaran akan dimaklumkan kemudian apabila diluluskan oleh MPSP. Banner akan dipasang di kawasan masjid. Sebarang masaalah sila hubungi 012-4679880.
Pasar Ramadan Taman Keladi 2011 - tarikh pendaftaran akan dimaklumkan kemudian apabila diluluskan oleh MPSP. Banner akan dipasang di kawasan masjid. Sebarang masaalah sila hubungi 012-4679880.
Friday, 3 June 2011
PROGRAM TITIAN KASIH
PROGRAM PEMBANGUNAN REMAJA MUSIM CUTI SEKOLAH
Program tersebut akan diadakan pada 08 dan 09 Mac 2011 (2 hari 1 malam) di Masjid Taman Keladi. Program ini melibatkan remaja 13 tahun keatas lelaki dan perempuan.
Setiap peserta dikenakan bayaran RM 20.00 seorang. Program akan dikendalikan oleh fasilitaator dari Kolej Insaniah yang dipimpin Dr Abdullah Muda.
Sessi akhir program peserta akan dibawa melawat Rumah Seri Kenangan Bedong. Daftar sekarang kerana had maksimam 100 pelajar sahaja diperlukan.
Program tersebut akan diadakan pada 08 dan 09 Mac 2011 (2 hari 1 malam) di Masjid Taman Keladi. Program ini melibatkan remaja 13 tahun keatas lelaki dan perempuan.
Setiap peserta dikenakan bayaran RM 20.00 seorang. Program akan dikendalikan oleh fasilitaator dari Kolej Insaniah yang dipimpin Dr Abdullah Muda.
Sessi akhir program peserta akan dibawa melawat Rumah Seri Kenangan Bedong. Daftar sekarang kerana had maksimam 100 pelajar sahaja diperlukan.
Saturday, 28 May 2011
MEMUNGUT DERMA PERSENDIRIAN DI MASJID
Sejak setahun lalu dan sehingga kini semakin kerap, pada setiap Jumaat warga asing silih berganti bertandang ke Masjid setiap Jumaat dan memungut derma dengan duduk menghampar sejadah selepas Solat Jumaat. Setiap Jumaat ada saja warga asing yang berlainan dan kebanyakan dari Pakistan/Afghanistan yang kebanyakannya masih muda dan separuh umur. Mereka tidak mempunyai apa-apa surat kebenaran dari Jabatan Agama Islam sebagaimana yang disyaratkan untuk memohon derma secara langsung dari orang ramai. Jawatankuasa Qaryah didalam mesyuaratnya pada 27 Mei 2011 memutuskan untuk menghentikan perbuatan ini dan menyeru anak qaryah supaya tidak menghulurkan sumbangan, kerana dengan berbuat demikian akan menarik mereka datang setiap minggu.
Jika mereka memohon melalui Tuan Imam dengan mengemukakan alasan mereka memungut derma, Jawatankuasa tidak halangan untuk menyumbang sekadar yang berpatutan dari keseluruhan kutipan Jumaat minggu tersebut. Mereka kemungkinannya musafir yang putus sumber kewangan untuk meneruskan perjalanan, maka wajib lah kita membantu sekadar yang sesuai sahaja. Satu notis larangan didalam bahasa Malaysia dan Inggeris akan dibuat bagi peringatan semua.
Jika mereka memohon melalui Tuan Imam dengan mengemukakan alasan mereka memungut derma, Jawatankuasa tidak halangan untuk menyumbang sekadar yang berpatutan dari keseluruhan kutipan Jumaat minggu tersebut. Mereka kemungkinannya musafir yang putus sumber kewangan untuk meneruskan perjalanan, maka wajib lah kita membantu sekadar yang sesuai sahaja. Satu notis larangan didalam bahasa Malaysia dan Inggeris akan dibuat bagi peringatan semua.
Friday, 27 May 2011
MESYUARAT AGONG KHAIRAT KEMATIAN
Pertubuhan Khairat Kematian Khariah Masjid Taman Keladi akan mengadakan mesyuarat agongnya pada 28 Mei 2011 jam 9.30 malam di Masjid Taman Keladi. Semua Ahli Jawatankuasa dan ahli berdaftar didjemput hadir.
Saturday, 21 May 2011
PENGHARAMAN DAUN KETUM DAN SASHI
Sesungguhnya Syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudhoratkan mereka, sepertimana ianya tidak mungkin mengharamkan sesuatu yang memberi munafaat kepada mereka. Jabatan Agama Islam Negeri Kedah telaah memutuskan HARAM daun ketum dan sashai jika ia disalahgunakan. Daun ketum biasanya digunakan untuk tujuan perubatan tetapi jika disalahgunakan sehingga menimbulkan kemudhoratan kepada seseorang dan juga orang lain akan tetap menjadi haram. Walaupun belum ada undang-undang yang mengharam tanaman pokok ketum namun memiliki daun yang diperah dan diperoses airnya dikira melakukan kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara. Oleh itu mari lah sama-sama membenteras keguiatan dan memudhoratkan ini. Mengenai kegiatan menghisap sisha juga kini telah menular dikalangan masyarakat Malaysia. Asalnya kegiatan ini ada budaya orang Timur Tengah (Arab). Tembakau yang diadun dengan berbagai perisa telah menyebabkan seseorang itu menjadi khayal dan memabukkan.
Wednesday, 18 May 2011
PROGRAM MEMPERKASAKAN REMAJA
Masjid Taman Keladi telah melancarkan Program Memperkasakan Remaja dengan menganjurkan Kelas Asas Fardu Ain Lanjutan (KAFAL) bagi remaja yang berumur 14 ke 18 tahun keatas lelaki dan perempuan yanag tinggal didalam qaryah ini pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di Masjid Taman Keladi. Program ini meliputi:
a. Kuliah Asas Fardu Ain
b. Bacaan Al-Quran
c. Akhlak dan Sirah
a. Kuliah Asas Fardu Ain
b. Bacaan Al-Quran
c. Akhlak dan Sirah
Subscribe to:
Posts (Atom)