Saturday, 28 May 2011

MEMUNGUT DERMA PERSENDIRIAN DI MASJID

Sejak setahun lalu dan sehingga kini semakin kerap, pada setiap Jumaat warga asing silih berganti bertandang ke Masjid setiap Jumaat dan memungut derma dengan duduk menghampar sejadah selepas Solat Jumaat. Setiap Jumaat ada saja warga asing yang berlainan dan kebanyakan dari Pakistan/Afghanistan yang kebanyakannya masih muda dan separuh umur. Mereka tidak mempunyai apa-apa surat kebenaran dari Jabatan Agama Islam sebagaimana yang disyaratkan untuk memohon derma secara langsung dari orang ramai. Jawatankuasa Qaryah didalam mesyuaratnya pada 27 Mei 2011 memutuskan untuk menghentikan perbuatan ini dan menyeru anak qaryah supaya tidak menghulurkan sumbangan, kerana dengan berbuat demikian akan menarik mereka datang setiap minggu.
Jika mereka memohon melalui Tuan Imam dengan mengemukakan alasan mereka memungut derma, Jawatankuasa tidak halangan untuk menyumbang sekadar yang berpatutan dari keseluruhan kutipan Jumaat minggu tersebut. Mereka kemungkinannya musafir yang putus sumber kewangan untuk meneruskan perjalanan, maka wajib lah kita membantu sekadar yang sesuai sahaja. Satu notis larangan didalam bahasa Malaysia dan Inggeris akan dibuat bagi peringatan semua.

Friday, 27 May 2011

MESYUARAT AGONG KHAIRAT KEMATIAN

Pertubuhan Khairat Kematian Khariah Masjid Taman Keladi akan mengadakan mesyuarat agongnya pada 28 Mei 2011 jam 9.30 malam di Masjid Taman Keladi. Semua Ahli Jawatankuasa dan ahli berdaftar didjemput hadir.

Saturday, 21 May 2011

PENGHARAMAN DAUN KETUM DAN SASHI

Sesungguhnya  Syariat Islam tidak mungkin menghalalkan  untuk manusia sesuatu yang memudhoratkan mereka,  sepertimana ianya tidak mungkin mengharamkan sesuatu yang memberi munafaat kepada mereka.  Jabatan Agama Islam Negeri Kedah telaah memutuskan HARAM daun ketum dan sashai jika ia disalahgunakan.   Daun ketum biasanya digunakan untuk tujuan perubatan  tetapi jika disalahgunakan  sehingga menimbulkan kemudhoratan kepada seseorang dan juga orang lain akan tetap menjadi haram.  Walaupun belum ada undang-undang yang mengharam tanaman pokok ketum namun memiliki daun yang diperah dan diperoses airnya  dikira melakukan kesalahan  dan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara. Oleh itu mari lah sama-sama membenteras keguiatan dan memudhoratkan ini.  Mengenai kegiatan menghisap sisha juga kini telah menular dikalangan masyarakat Malaysia.  Asalnya kegiatan ini ada budaya orang Timur Tengah (Arab).  Tembakau yang diadun dengan berbagai perisa telah menyebabkan seseorang itu menjadi khayal dan memabukkan.

Wednesday, 18 May 2011

PROGRAM MEMPERKASAKAN REMAJA

Masjid Taman Keladi  telah melancarkan Program Memperkasakan Remaja dengan menganjurkan Kelas Asas Fardu Ain Lanjutan (KAFAL) bagi remaja yang berumur 14 ke 18 tahun keatas lelaki dan perempuan yanag tinggal didalam qaryah ini pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di Masjid Taman Keladi.  Program ini meliputi:
a.    Kuliah Asas Fardu Ain
b.    Bacaan Al-Quran
c.    Akhlak dan Sirah